Imam Malik berkata:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.

Sabtu, 11 Disember 2010

Membuat kenduri arwah harus lagi baik (hasanah) menurut mazhab orang melayu, tetapi tidak bagi mazhab empat

Bismillahirrahmanirrahim, dengan penuh rasa rendah dirinya, artikel ini ditulis. Bukan berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, cuma sekadar renungan buat kita bersama. Samada natijahnya pro atau kontra, ianya terpulang kepada penilaian para pembaca. Penulis hanya sekadar mengutarakan pandangan penulis secara individu, tiada kaitan dengan mana-mana golongan. Isu ini sudah lapuk untuk diperbahaskan, kerana itu, penulis hanya meringkaskan isu perbincangan ini. Berbalik kepada topik "Membuat kenduri arwah", pastinya tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu yang tinggal di Malaysia akan perbuatan ini. Namun, sebenarnya, keharusan yang difatwakan untuk mengadakan kenduri arwah perlu dinilai semula. Rata-rata masyarakat kita, apabila ditanya tentang hukum mengadakan kenduri arwah, pasti jawapannya "harus lagi baik". Bila ditanya apakah hujjahnya, pasti mereka mengatakan "apa salahnya, bagi orang makan kan baik". Jawapan ini disokong pula dengan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh para ustaz (semoga Allah merahmati mereka). Namun, tahukan kita, bahawa keempat-empat Mazhab tidak mengatakan perbuatan ini sesuatu yang baik?Cukup menghairankan, daripada manakah para ustaz ini mengambil dalil diatas fatwa-fatwa mereka, sehingga mereka bercanggah dengan Mazhab yang empat?Hanya Allah dan mereka yang tahu.

Secara ringkasnya, setelah meneliti kitab-kitab muktabar daripada setiap Mazhab yang empat, natijahnya cukup membuatkan penulis berfikir panjang, kesemua mereka tidak mengatakan baik mengadakan kenduri arwah. Berikutnya penulis bawakan beberapa contoh daripada kitab-kitab yang masyhur lagi muktabar daripada keempat-empat Mazhab:

1)Menurut Mazhab al-Imam al-Syaf'ie:

al-Syaikh Syihab al-Din al-Ramli berkata:

وَيُكْرَهُ كَمَا فِي الْأَنْوَارِ وَغَيْرِهِ أَخْذًا مِنْ كَلَامِ الرَّافِعِيِّ وَالْمُصَنِّفِ أَنَّهُ بِدْعَةٌ لِأَهْلِهِ صُنْعُ طَعَامٍ يَجْمَعُونَ النَّاسَ عَلَيْهِ قَبْلَ الدَّفْنِ وَبَعْدَهُ لِقَوْلِ جَرِيرٍ : كُنَّا نَعُدُّ ذَلِكَ مِنْ النِّيَاحَةِ

"Dan dimakruhkan, sepertimana yang (tersebut) di dalam (kitab) al-Anwar dan selainnya, mengambil daripada kata-kata al-Rafi'ie dan penulis, bahawa (menjadi) suatu bid'ah bagi keluarganya (si mati) membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai untuknya, samada sebelum dikebumikan dan selepasnya (dikebumikan), berdasarkan kata-kata Jarir:

"Kami menganggap hal yang demikian itu (membuat makan) adalah sebahagian daripada meratap"[Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Muhtaj]

al-Syarbini berkata:

أَمَّا إصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسِ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبٍّ

"Adapun menyediakan oleh keluarga si mati akan makanan dan menghimpunkan orang ramai akan ia, maka adalah suatu bid'ah yang tidak digalakkan"[Mughni al-Muhtaj Ila Ma'rifah al-Alfaz al-Minhaj]

Di dalam kitab yang masyhur di dalam Mazhab al-Imam al-Syaf'ie, Hasyiah Qalyubi wa 'Umairah ada menyebutkan:

وَمِنْ صُنْعِ طَعَامٍ لِلِاجْتِمَاعِ عَلَيْهِ قَبْلَ الْمَوْتِ أَوْ بَعْدَهُ ، وَمِنْ الذَّبْحِ عَلَى الْقَبْرِ ، بَلْ ذَلِكَ كُلُّهُ حَرَامٌ إنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُورٍ وَلَوْ مِنْ التَّرِكَةِ ، أَوْ مِنْ مَالِ مَيِّتٍ عَلَيْهِ دَيْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ ، أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ ، وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

"Dan daripada dibuat makanan untuk menghimpunkan (orang ramai) padanya, (samada) sebelum mati ataupu selepas mati, dan daripada melakukan penyembelihan diatas kubur, bahkan yang demikian itu semaunya adalah haram, sekiranya daripada harta yang tertahan walaupun ianya daripada harta tinggalan, ataupun daripada harta si mati yang ada padanya hutang, dan adanya kepentingan atau seumpama yang demikian, Allah yang lebih mengetahui"[Hasyiah Qalyubi wa 'Umairah]

Di dalam al-Siraj al-Wahhaj pula menyebutkan hal yang sama:

وأما إصلاح أهل الميت طعاما وجمع الناس عليه فبدعة تعد من النياحة

"Dan adapun mengadakan oleh keluarga simati akan makanan dan menghimpun akan ia, maka ia adalah suatu bid'ah yang dikira sebagai meratap"[al-Siraj al-Wahhaj]

2)Menurut Mazhab al-Imam Abu Hanifah

Di dalam Hasyiah Ibn 'Abidin turut menyebutkan:

ويكره اتخاذ الضيافة من الطعام من أهل الميت لأنه شرع في السرور لا في الشرور وهي بدعة مستقبحة

"Dan dimakruhkan tetamu mengambil makanan daripada keluarga si mati, kerana disyari'atkan supaya membawa kegembiraan (kepada keluarga si mati), bukannya membawa kedukaan (dengan sebab mengambil makanan mereka), dan ianya merupakan suatu perbuatan bid'ah lagi buruk"[Hasyiah Ibn 'Abidin]

Hal yang sama telah disebutkan di dalam kitab Radd al-Mukhtar dan Fath al-Qadir.

3)Menurut Mazhab al-Imam Malik

Di dalam Hasyiah al-Syarh al-Kabir, al-Imam al-Dusuqi Rahimahullah berkata:

وأما جمع الناس على طعام بيت الميت : فبدعة مكروهة

"Dan adapun menghimpunkan orang ramai untuk makan dirumah si mati, maka (ianya) adalah suatu bid'ah lagi dibenci"[Hasyiah al-Syarh al-Kabir]

4)Menurut Mazhab al-Imam Ahmad Ibn Hanbal:

al-Imam Ibn Qudamah telah berkata di dalam kitab beliau yang masyhur al-Mughni:

فأما صنع أهل الميت طعاماً للناس فمكروه؛ لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلاً، وتشبهاً بصنيع أهل الجاهلية

"Maka, adapun membuat oleh keluarga si mati akan makanan untuk orang ramai, maka (hukumnya) makruh, kerana padanya menambahkan (lagi) musibah keluarga si mati dan menyibukkan (mereka), dan (ianya) menyerupai apa yang telah dilakukan oleh golongan jahiliah"[al-Mughni]

Tidak pula penulis menjumpai adanya 'ulama'-'ulama' muktabar yang mengatakan harus lagi baik. Jadi, daripada manakah sumbernya para ustaz kita berfatwa?

Samada kita sedar ataupun tidak, amalan yang kita lakukan telah bercanggahan dengan sunnah yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.

al-Imam al-Nawawi telah menyebutkan di dalam kitab beliau yang masyhur, Minhaj al-Talibin:

ولجيران أهله تهيئة طعام يشبعهم يومهم وليلتهم ويلح عليهم في الأكل

"Dan (sunat) bagi jiran kepada keluarga si mati untuk menyediakan makanan yang mengenyangkan mereka pada siang hari dan pada malam hari, dan (sunat) digalakkan mereka untuk makan"[Minhaj al-Talibin oleh al-Imam al-Nawawi]

Hal yang sama turut disebutkan di dalam kitab yang muktabar di dalam Mazhab al-Imam al-Hanafi:

وَيُسْتَحَبُّ لِجِيرَانِ أَهْلِ الْمَيِّتِ وَالْأَقْرِبَاءِ الْأَبَاعِدِ تَهْيِئَةُ طَعَامٍ لَهُمْ يُشْبِعُهُمْ يَوْمَهُمْ وَلَيْلَتَهُمْ ، لِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَقَدْ جَاءَهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ }

"Dan digalakkan bagi jiran kepada keluarga simati dan bagi kaum kerabat yang jauh, (supaya) menyediakan makanan kepada mereka (keluarga si mati) yang dapat mengenyangkan mereka pada siang hari dan juga pada malam hari, berdasarkan kepada hadits Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam:

Sediakan oleh kamu bagi keluarga Jaa'far akan makanan, (kerana) telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka"[Hadits yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majjah, al-Humaidi, al-Daruqutni, al-Baihaqi dan selain mereka. Abu 'Isa berkata: Hadits Hasan Shahih. al-Albani dan al-Syaikh Syu'aib al-Arna'uth mengatakan bahawa hadits ini hasan]

al-Imam al-Syaf'ie telah mengatakan di dalam kitab beliau yang cukup terkenal, al-Umm:

وأحب لجيران الميت أو ذي القرابة أن يعملوا لأهل الميت في يوم يموت وليلته طعاما يشبعهم فإن ذلك سنة وذكر كريم وهو من فعل أهل الخير قبلنا وبعدنا

"Dan yang terlebih aku sukai adalah bagi jiran atau kaum kerabat supaya membuatkan bagi keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya dengan makanan yang mengenyangkan mereka, (kerana) yang demikian itu merupakan sunnah dan suatu perkara yang mulia, dan ianya daripada amalan golongan yang baik, samada daripada sebelum kita ataupun selepas kita"[al-Umm, 1/247]

Bandingkanlah apa yang kita lakukan dengan apa yang dilakukan oleh para sahabat dan 'ulama', bukankah ianya bercanggahan?

Adakah patut, setelah kita melakukan suatu hal yang bercanggah dengan al-Sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, lalu kita mengatakan apa yang kita lakukan adalah lebih baik berbanding apa yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam?

Allah Ta'ala sendiri yang mengiktiraf Baginda sebagai Uswah Hasanah.

Kesimpulannya, renung-renungkanlah Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan oleh Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?"[Surah al-Baqarah, 170]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan