Imam Malik berkata:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.

Jumaat, 3 September 2010

الإخلاص

Bahagian pertama: Ta’rifan Ikhlas.
Ikhlas bermaksud menghendaki keredhaan Allah dengan sesuatu ‘amalan, membersihkannya daripada segala noda individual mahupun duniawi. Melakukan sesuatu perkara ataupun ‘amalan semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana mengharapkan pujian mahupun sanjungan daripada manusia. Jika kita lihat kitab-kitab yang ditulis oleh ‘ulama’-‘ulama’ yang mu’tabar, pastinya dimulai penulisan mereka dengan hadits yang menunjukan kepada niat. Sabda Rasulullah s.a.w:
حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال: حدثنا سفيان قال: حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال: أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي: أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول: سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى، فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها، أو إلى امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجر إليه). [54، 2392، 3685، 4783، 6311، 6553].
“ ‘ Umar al-Khaththab ketika berkhuthbah di atas mimbar telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda”: “Sesungguhnya, setiap ‘amal (dikira) berdasakan niat. Dan seseorang hanya memperoleh (pahala) menurut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk (kesenangan) dunia, maka dia akan (mendapat seperti apa yang dia niatkan), atau untuk wanita yang ingin dinikahinya, maka (balasan) hijrahnya (berdasarkan) kepada (tujuan) hijrahnya.”[Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Hadits pertama dalam Bab Permulaan Penurunan Wahyu, diriwayatkan juga oleh Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, dan al-Nasa’i, hadits ini merupakan hadits Gharib, tetapi ianya Shahih]
Hadits inilah yang menjadi pilihan bagi kebanyakan ‘ulama’ untuk permulaan kitab mereka.al-Imam Abi Sa’id ‘Abd al-Rahman bin Mahdi r.h berkata: “Sesiapa yang ingin menulis sebuah kitab, maka mulailah dengan hadits ini.”
Al-Imam Abu Sulaiman al-Khaththabi r.h berkata: “Adalah orang-orang terdahulu (iaitu) daripada kalangan guru-guru kami, mereka suka sekali memulakan hadits al-A’mal bi al-Niat di hadapan setiap sesuatu.”
Yusuf bin al-Husain al-Razi berkata: “Sesuatu yang paling mulia di dunia adalah ikhlas.” Al-Imam al-Ustaz Abi al-Qasim al-Qusyairi r.h berkata: “Keikhlasan sebenar seseorang hamba adalah melakukan ketha’atan kepada Allah dengan niat semata-mata keranaNya [bukkanlah untuk sesuatu yang lain, seperti melakukan sesuatu untuk makhluq, atau mengharapkan pujian di sisi manusia, atau sesuatu yang selain daripada niat untuk mendekatkan diri kepada Allah,”

Bahagian kedua: Keperluan Ikhlas.
Sifat ikhlas merupakan satu sifat yang perlu di dalam kita menghambakan diri kepada Allah. Ikhlaslah yang menjadi penentu segala ‘amal kita sama ada diterima mahupun ditolak oleh Allah Ta’ala. Niat yang ikhlas dapat membuahkan hasil yang baik kepada ‘amalan kita, kerana niat yang ikhlaslah yang diterima oleh Allah, bukanlah ibadat itu semata-mata. Hal ini jelas difirmankan oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran al-Karim:
لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)
37." Ketahuilah oleh kalian semua, bahwa Allah tidak melihat bentuk badan dan perbuatan lahir kalian, tetapi Dia melihat hati kalian. Dia tidak menginginkan kalian melakukan penyembelihan kurban untuk sekadar memamer-mamerkan diri. Tetapi Dia menginginkan kekhusukan hati kalian. Maka dari itu, keridaan-Nya tidak akan bisa didapatkan melalui pembagian daging dan penumpahan darah hewan kurban itu semata, tetapi yang bisa mendapatkannya adalah ketakwaan dan ketulusan niat. Semua penundukan itu Kami lakukan demi kepentingan kalian dan agar kalian mengagungkan Allah atas petunjuk penyempurnaan ibadah haji yang diberikan-Nya. Dan berilah kabar gembira, wahai Nabi, kepada orang-orang yang berbuat dan berniat baik dengan pahala yang besar."
Ibnu ‘Abbas r.a ketika mentafsirkan ayat ini berkata: “Maknanya (وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى) adalahوَلَكِنْ يَنَالُهُ النيات iaitu Allah tidak menerima kecuali niat seseorang melakukan ibadah kepadanya.”Di dalam sebuah hadits shahih riwayat Muslim ada menyebut:
ان لله لا ينظر الى أجسادكم وصوركم , ولكن ينظر الى قلوبكم . وأشار بأصابعه الى قلبه . وقال التقوى ههنا . وأشار الى صدره ثلاث مرات .
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa paras kamu, akan tetapi Allah hanya melihat pada hati-hati (niat) kamu. Dan Baginda s.a.w mengisyaratkan dengan jari-jari Baginda kepada hati Baginda. Lantas Baginda bersabda: “Taqwa terletak di sini”. Dan Baginda mengisyaratkan kea rah dada Baginda sebanyak tiga kali.”
Melalui dalil-dalil inilah para ‘ulama’ mengeluarkan pendapat bahawa, segala ‘amalan yang dilakukan mestilah disertakan dengan niat yang ikhlas supaya diterima oleh Allah s.w.a.
Bahagian Ketiga: Niat Yang Ikhlas Syarat Penerimaan Ibadah.
Sesuatu ibadah yang dilakukan, tidak boleh terlepas daripada dua syarat yang ditetapkan oleh para ‘ulama’. Tidak dinamakan ibadah jika tidak mencakupi dua syarat berikut:
1. Sesuatu ibadah yang dilakukan mestilah ikhlas kepada Allah dan diakukan untuk Allah semata-mata.
2. Tatacara perlakuan ibadah tersebut mestiah seratus-peratus selari seperti yang ditunjuk dan dicontohi oleh Rasulullah s.a.w.
Apabila sesuatu ibadah itu tidak ikhlas dilakukan kerana Allah dan tidak selari dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, maka ianya tidak dinamai sebagai ibadah. Kedua-dua syarat inilah yang membedakan antara ibadah dan pergerakan biasa.
Dalam hal ini, manusia terbahagi kepada empat golongan:
Pertama: Mereka-mereka yang melakukan ibadah seratus-peratus kerana Allah dan seratus-peratus mengikut tatacara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka inilah yang benar إِيَّاكَ نَعْبُدُ , sepertimana yang difirmankan Allah di dalam Ummu al-Kitab. Segala ‘amal dan perbuatan mereka seluruhnya kerana mengharapkan keredhaan Allah, begitu juga semua perbuatan yang tidak bersifat ibadah khushushiyyah seperti bercinta, menolong orang lain, berkahwin dan semuanya hanyalah untuk Allah semata-mata. Setiap ibadah yang dilakukan tidak menurut contoh daripada Rasulullah s.a.w, tidak akan mendekat diri kepada Allah, bahkan menjauhkkan lagi daripada Allah Ta’ala, kerana Allah Ta’ala mestilah disembah seperti yang diperintahkanNya, dan tidak menurut kemahuan atau keinginan manusia sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda:
من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
“Sesiapa mengada-adakan di dalam urusan (agama) kami ini (Islam) selain daripadanya (apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah), maka ianya tidak akan diterima.[Hadits diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]
Di dalam riwayat Muslim yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد
Kedua: Mereka-mereka yang melakukan ibadah tidak kerana Allah dan tidak pula mengikut tatacara yang ditunjukkkan oleh Rasulullah s.a.w. Iaitu ibada yang dilakukan secara berpura-pura, ibadah orang-orang yang riya’. Orang-orang yang beribadah secara demikian merupakan sejahat-jahat manusia, manusia yang paling dimurkai oleh Allah. Mereka inilah yang dimurkai oleh Allah. Sebagaimana di dalam firmanNya:
لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوْا وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلَا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (188)
188. “Janganlah kamu menduga bahawa mereka yang selalu merasa senang dengan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka kerjakan dan merasa senang dengan sanjungan atas apa yang tidak mereka lakukan, akan selamat dari siksa. Karena, dengan perbuatan itu mereka telah menutup pintu hati mereka bagi keimanan dan kebenaran seperti orang-orang Yahudi. Bagi merekalah siksa yang pedih di hari kiamat.”
Termasuk di dalam kemurkaan dan ancaman Allah Ta’ala tersebut di atas adalah semua ahli-ahli bid’ah, ahli-ahli kesesatan dan syirik, yang mengada-adakan cara ibadah yang tidak selari dengan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka turut termasuk dalam golongan الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ .
Ketiga: Mereka-mereka yang melakukan ibadah ikhlas kerana Allah, tetapi tidak bertepatan dengan tatacara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Kebanyakan daripada mereka adalah daripada golongan ahli bid’ah dan ahli tasawwuf yang melampau. Mereka melakukan ibadah kerana Allah dan bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi ‘amalan dan ibadah mereka turut bercanggah dengan sunnah. Ini bertepatan dengan definisi yang telah diberikan oleh al-Syathibi terhadap perbuatan bid’ah. Beliau mendefinisikan bid’ah sebagai:
فى الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة فى التعبد لله سبحانه طريقة
“Jalan (tatacara) yang direka di dalam agama, yang menyerupai syari’ah, tujuan meng’amalkannya untuk berlebihan di dalam meng’abdikan diri kepada Allah s.w.a.”
Ahli bid’ah menyangka bahawa, ‘amalan rekaan yang mereka lakukan dapat lebih mendekatkan diri mereka kepada Allah Ta’ala, tetapi ianya adalah sebaliknya. Kerana Rasulullah s.a.w melarang keras umatnya melakukan ibadah tanpa tunjuk ajar daripada Baginda.
واياكم ومحدثات الأمور فان كل محدثة بدعة و كل بدعة ضلالة
“Jauhilah kamu daripada perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.”[Sebahagian hadits riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan lain-lain]
Imam Malik pernah berkomentar mengenai hal ini. Kata beliau:
من ابتدع في الاسلام بدعه يراها حسنه فقد زعم ان محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة لان الله يقول اليوم اكملت لكم دينكم فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا
“Sesiapa yang membuat bid’ah dalam Islam dan menganggapnya baik, maka dia telah menda’wa bahawa Muhammad s.a.w mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu.” Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka tidak menjadi agama pada hari ini.”
Keempat: Mereka-mereka yang melakukan ibadah menurut contoh daripada Rasulullah s.a.w, tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Mereka-mereka ini melakukan ibadah kerana riya’ dan inginkan perhatian daripada manusia. Golongan ini merupakan golongan munafiq seperti yang difirmankan Allah di dalam al-Quran al-Karim:
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا (142)
142. “Sesungguhnya orang-orang munafik, dengan kemunafikannya, telah mengira bahwa mereka akan dapat menipu Allah dan menyembunyikan hakikat diri mereka dari-Nya. Allahlah yang akan membalas tipuan mereka. Allah akan mebiarkan mereka bergelimang dalam kejahatan dan akan membuat perhitungan terhadap apa yang mereka perbuat. Orang-orang munafik itu mempunyai ciri lahir dan ciri batin. Yang pertama tampak pada sikap bermalas- malasan dalam melaksanakan salat. Salatnya itu hanya dimaksudkan untuk riya, bukan salat yang sebenarnya. Sedang yang kedua, ciri batin, tampak pada sedikitnya berzikir kepada Allah. Karena jika mereka selalu menyebut Allah, niscaya mereka akan meninggalkan kemunafikannya.”
‘Amalan yang dilakukan dengan disertai dengan riya’, pastinya tidak akan diterima oleh Allah Ta’ala, sebagaimana firmanNya:
كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا لَا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ (264)
264…”kalian seperti orang-orang yang berinfak dengan motif ketenaran dan ingin dipuji. Mereka itu tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Keadaan orang yang berinfak dengan motif riya, perumpamaannya seperti batu licin yang di atasnya terdapat tanah. Begitu hujan deras turun menyirami batu itu, hilanglah tanah itu semua. Seperti halnya tanah yang subur dan produktif itu hilang dari batu yang licin karena diterpa hujan deras, begitu pula pahala sedekah akan hilang karena perbuatan riya dan menyakiti. Tidak ada sedikit pun yang dapat diambil manfaatnya. Itulah sifat- sifat kaum kafir, maka hindarilah. Sebab Allah tidak akan menunjuki orang-orang kafir kepada kebaikan.”
Demikianlah sia-sianya sesuatu ‘amalan yang dilakukan untuk mengharapkan pujian manusia dan bersikap riya’. Oleh itu, diakhir bahagian ini ditegaskan bahawa setiap ‘amalan yang kita lakukan mestilah dilakukan dengan ikhlas dan menurut contoh daripada Baginda s.a.w. Ingatlah akan kata-kata al-Fudhail bin ‘Ayyaadh ini: “ ‘Amal yang baik itu ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.” Murid-murid beliau bertanya: “Wahai Abu ‘Ali, apakah yang dimaksudkan paling ikhlas dan paling benar itu?” Beliau menjawab: “ ‘Amal sekalipun ikhlas, tetapi tidak benar, tidaklah diterima oleh Allah. Begitu juga bila benar, tetapi tidak ikhlas. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah atau untuk Allah. Benar adalah seratus-peratus menurut cara dan sunnah yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan