Imam Malik berkata:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.

Selasa, 13 Julai 2010

Aina Allah???(1)

Bismillahirrahmanirrahim, buat kali yang keseterusnya, dapat lagi sama-sama menatapi suatu perkongsian ilmu, takkala manusia dihimpit kejahilan, kita dipilih oleh Allah Ta'ala untuk berusaha agar kita dapat membebaskan diri daripada belenggu kejahilan. Alhamdulillah, kerna sekali lagi ana diberikan kesempatan oleh Allah, untuk berkongsi titisan-titisan ilmu, hasil torehan daripada kitab-kitab yang ditinggalkan oleh para 'ulama' kepada kita. Semestinyalah, para 'ulama' lah yang menjadi penyambung antara kita dan Nabi sallallahu'alaihiwasallam di dalam menukilkan ilmu-ilmu Baginda sallallahu'alaihiwasallam. Perbincangan yang keseterusnya ini, adalah berkaitan sesuatu isu yang teramat penting kepada umat Islam, isu yang menjadi usul di dalam agama Islam, isu yang tidak dapat tidak, mesti diketahui oleh sesiapa sahaja yang mendakwa bahawa dia seorang muslim, iaitu yang berkaitan aqidah. Konteks aqidah yang akan ana perbincangkan adalah perihal aina Allah??? ataupun dimana Allah???
Mengapa tajuk ini yang ana pilih???
Kerana banyak timbul keraguan dalam kalangan masyarakat akan hal ini, bukan sahaja membabitkan golongan yang cetek pemikiran agama mereka, bahkan turut menghantui pemikiran golongan agawan sendiri. Ditambah pula, dengan jawaban yang diberikan oleh golongan yang mendakwa sebagai ahli agama, adalah tidak selari dengan apa yang termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah al-Shahihah, juga bercanggah dengan apa yang difahami oleh golongan para salaf al-salih. Ini kerana, kita menyakini bahawa merekalah golongan yang terbaik daripada kalangan umat Isam.
Kerana kelemahan sesetengah pihak, maka lahirlah suatu aqidah yang bercanggah dengan al-Qur'an dan al-Sunnah al-Sahihah, iaitu aqidah Allah Maujud bila Makan (Allah wujud tidak bertempat). Kelihatan secara zahirnya, aqidah ini adalah aqidah yang cuba mengsucikan Allah Ta'ala daripada penyerupaan dengan makhluk, akan tetapi, ia secara tidak langsung telah menafikan sifat Tinggi bagi Allah Ta'ala.
Insya Allah, akan ana bawakan dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Qur'an, al-Sunnah al-Sahihah, dan kalam para salaf-salih berhubung masalah ini, agar kita sama-sama dapat merenung antara yang kaca dan permata....
Dalil al-Qur'an akan Allah diatas 'Arsy:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy . Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.[Surah al-A'raf, 54]

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorangpun yang akan memberi syafa'at kecuali sesudah ada izin-Nya. (Dzat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia.Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?[Surah Yunus, 3]
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ
Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.[Surah al-Ra'd, 2]
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arsy .[Surah Taha, 5]

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian dia bersemayam di atas Arsy , (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia. [Surah al-Furqan, 59]
Dalil al-Qur'an akan sifat Tinggi bagi Allah:

يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka.[Surah al-Nahl, 50]

al-Imam al-Tabari, di dalam tafsir beliau berkata, ketika mentafsirkan ayat diatas:
يخاف هؤلاء الملائكة التي في السموات ، وما في الأرض من دابة، ربهم من فوقهم

"Para Malaikat yang berada dilangit dan apa yang terdapat dibumi, daripada haiwan, merasa takut akan Tuhan (Allah) mereka yang berada diatas mereka"[Sila rujuk Tafsir al-Tabari]

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ
Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hamba-Nya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.[Surah al-An'am, 18]

Di dalam kitab Tafisr al-Muyassar (kitab tafsir yang ditulis berdasarkan majmu'ah 'ulama', daripaada pensyarah-pensyarah tafsir yang diseliakan oeh Dr. 'Abd Allah bin 'Abd al-Muhsin al-Turki) ketika menafsirkan ayat diatas menyebut:

وفي هذه الآية إثبات الفوقية لله -تعالى- على جميع خلقه، فوقية مطلقة تليق بجلاله سبحانه
Didalam ayat ini mengitsbatkan sifat akan sifat Ketinggian bagi Allah Ta'ala keatas kesemua makhlukNya, ketinggian yang mutlak yang layak bagi keagungan Allah Ta'ala.[Sila rujuk Tafsir al-Muyassar]

Tidak sekadar itu, bahkan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang menyatakan sifat tinggi bagi Allah Ta'ala. Adakah kita ingin mengingkari ayat-ayat tersebut???
Penerimaan terhadap aqidah Allah Maujud Bila Makan, akan menafikan segala sifat al-Fauqiyyah yang telah dirakamkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an al-Karim. Ingatlah, menafikan apa yang tertulis di dalam al-Qur'an al-Karim, boleh membawa kepada kerosakan aqidah sebagai umat Islam.
Suatu hal juga perlu diingat, sifat Tinggi bagi Allah Ta'ala semestinya tidak sama dengan makhluk, namun, kita hanya perlu menerima apa yang telah disifatkan oleh Allah akan dirinya, tanpa menafikan sifat tersebut, juga tanpa menyerupakan sifat tersebut dengan sifat yang dimiliki oleh makhluk.[Bersambung]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan