Imam Malik berkata:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.

Isnin, 5 Julai 2010

Puasa Bulan Rajab???

Bismillahirrahmanirrahim, kebesaran dan keagungan di dsandarkan kepada Rabb al-Jalil, Allah Ta'ala. Sudah lama rasanya, jari-jemari ini tidak menari-nari di atas keybord laptop ana untuk melaksanakan tugas dakwah di dalam menyampaikan ilmu. Kali ini, ingin ana sampaikan kalam-kalam 'ulama' berkenaan amalan-amalan khusus di dalam bulan Rajab. Walaupun hampir tiba dipenghujungnya, namun, masih belum terlambat untuk dijadikan peringatan kepada kita semua. Sebelum ana meneruskan kalam, terlebih dahulu perlu untuk diketahui kerana apa penulisan ini di sampaikan. Semenjak tibanya bulan Rajab ini, maka bermulalah operasi ibadat yang amat berlainan daripada bulan-bulan biasa yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita, berdalilkan beberapa hadits yang dikatakan daripada kalam Nabi Sallallahu'alaihiwasallam. Lantaran itu, ana dihubungi dan diajukan pelbagai soalan berkenaan hal ini. Kerana itulah, ana rasakan amat perlunya untuk ana tulis suatu tulisan untuk memperjelaskan akan hal tersebut. Semoga tulisan ringkas ini dapat menghuraikan segala kekeliruan yang terbuku di dalam jiwa para pembaca. kekeliruan ini bukan sekadar bergelut di dalam jiwa masyarakat biasa, bahkan turut menjadi kekeliruan dalam kalangan agamawan. Kerana itulah, ana dihubungi oleh rakan-rakan yang juga merupakan mahasiswa di dalam bidang agama sendiri.
Terlebih dahulu, sebelum ana mengemukakan hadits-hadits yang sering kali dijadikan hujjah oleh masyarakat kita, bagi menegakkan pegangan mereka, ana dahulukan ia dengan kalam-kalam daripada 'ulama'-'ulama' terdahulu dan juga yang terkemudian.
1-al-Syaikh al-Islam al-Imam al-Hafiz Ibn Taimiyyah berkata:
"Adapun berkenaan puasa yang khusus pada bulan Rajab dan hadits-hadits berkenaannya adalah dha'if kesemuanya, bahkan ianya adalah maudhu' (rekaan), para ahli 'ilmu tidak berpegang dengan sesuatupun daripadanya, dan (hadits-hadits) bukan juga daripada hadits-hadits dha'if yang diriwayatkan di dalam fadha'il, bahkan secara umumnya ianya adalah daripada hadits-hadits yang direka-reka lagi dusta"[Majmu' al-Fatawa, 290/25]
2-al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:
"Setiap hadits yang menyebutkan perihal berpuasa pada bulan Rajab, dan solat di sebahagian malam pada bulan tersebut, ia adalah dusta"[al-Mannar al-Munif, 96]
3-al-Syaikh al-Islam al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani berkata:
"Berkenaan kelebihan bulan Rajab, dan berpuasa padanya dan suatu puasa yang tertentu daripadanya, dan qiyam al-lail yang khusus, tidak terdapat suatu pun hadits yang shahih yang boleh dijadikan hujjah (untuk amalan tersebut)"[Tabyiin al-'Ajib, 11]
4-al-Syaikh Said Sabiq Rahimahullah telah berkata:
"Dan berkenaan berpuasa pada bulan Rajab tiada kelebihan yang melebihi bulan-bulan lain, melainka ianya merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram, dan tidak didapati pada al-Sunnah yang shahih ada kelebihan khusus jika berpuasa, ada pun apa yang terdapa di dala hadits berkenaannya adalah tidak layak untuk dijadikan sebagai hujjah"[Fiqh al-Sunnah, 383/1]
5-al-Syaikh al-'Allamah Muhammad bin Salih al-'Utsaimin ketika ditanya berkenaan puasa pada 27 Rajab, dan mendirikan ibadat padanya, berkata:
"Kesemua itu adalah bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu adalah sesat"[Majmu' Fatawa Ibn 'Utsaimin,440/20]
6-al-Imam Ibn Rajab berkata:
"Tiada yang shahih berkenaan berpuasa khusus pada bulan Rajab daripada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, dan juga daripada para sahabat"[Faid al-Qadir]
Antara hadits yang dijadikan hujjah adalah:
ان في الجنة نهرا يقال له رجب من صام رجب يوما سقاه الله عز وجل من ذلك النهر
Dikatakan Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya, di dalam syurga terdapat sebatang sungai, dikatakan kepadanya akan Rajab kepada sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rajab, aka diberi minum oleh Allah Ta'ala daripada sungai tersebut"
'Abd al-Rahman bin 'Ali al-Jauzi didalam kitab beliau al-'Illal al-Mutanahiyah berkata:
"Hadits ini tidak shahih, dan padanya terdapat beberapa perawi yang majhul (tidak dikenali) yang tidak kami kenali siapakah mereka"
رجب شهر الله وشعبان شهرى ورمضان شهر أمتى، فمن صام رجب إيمانا واحتسابا استوجب رضوان الله الاكبر وأسكنه الفردوس الاعلى
Dikatakan bahawa Rasulullah bersabda: "Rajab adalah bulan Allah, Sya'ban bulan ku, Ramadhan bulan umat ku, sesiapa yang berpuasa pada bulan Rajab dengan penuh keimanan danpeng harapan, dia wajib mendapat keredhaan Allah yang Maha Besar, dan Allah akan menempatkannya di dalam syurga firdaus yang paling tinggi"
Hadits ini diriwayatkan dengan panjang sekali, bermula disebutkan kelebihan berpuasa sehari padanya, sehinggalah keseluruhan bulan tersebut dengan ganjaran yang berbagai.
Ibn al-Jauzi menyebutkan hadits tersebut di dalam kitab beliau al-Maudhu'at dengan memberikan komentar berkenaan hadits ini, beliau berkata:
"Hadits ini adalah rekaan keatas Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, dan al-Kasa'i (periwayat) adalah seorang yang tidak dikenali, dan al-Nuqasy seorang yang keliru"
Serta banyak lagi hadits-hadits yang seumpama diatas yang dianggap tidak shahih oleh para Ahli Hadits, seperti yang telah ana nukilkan diatas tadi.
Kesimpulannya, bukanlah ana menganggap tidak boleh berpuasa di bulan Rajab secara mutlak, tetapi janganlah kita menganggap adanya kelebihan tertentu jika berpuasa pada bulan tersebut. Jika kita seorang yang selalu berpuasa, adalah tidak menjadi kesalahan untuk berpuasa pada bulan tersebut, kerana tiada hadits yang melarang ataupun mengglakkan berpuasa pada bulan tersebut, bahkan seperti bulan-bulan yang lain. Hal ini seperti yang dikatakan oleh al-Imam al-Nawawi didalam kitab Syarah Muslim. Apa yang ditentang oleh 'ulama' hanyalah sikap masyarakat kita yang mengkhususkan untuk berpuasa pada bulan tersebut, dengan menganggap ianya melebihi bulan-bulan lain, dan berhujjahkan dengan dalil-dalil yang tidak shahih, bukanlah semata-mata dengan berpuasa itu yang dilarang oleh para 'ulama'. Jadi, jika kita ingin melakukan ibadah puasa pada bulan ini, janganlah sekali-kali kita menganggap adanya kelebihan-kelebihan yang tertentu melebihi bulan-bulan lain. Maka, jika hanya sekadar berpuasa sepertimana puasa pada bulan-bulan yang lain, ianya diharuskan. Berkenaan solat-solat khusus yang dilakukan pada bulan ini, ketahuilah bahawa ianya adalah berdasarkan hadits-hadits yang palsu yang direka. al-Imam al-Nawawi mengharamkan kita daripada beramal dengan hadits-hadits maudhu' (palsu), diikuti dengan pendapat kesemua Ahli Hadits. Semoga kita dapa mengambil i'tibar daripada apa yang telah ana nukilkan. Segala yang ana tulis, perlulah dirujuk kembali kepada al-Qur'an dan al-Sunnah, sebarang percanggahan dengan kedua-duanya, wajib dilemparkan tulisan ana ini, dan diambil al-Qur'an dan al-Sunnah. Wallallhua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan