Imam Malik berkata:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.

Isnin, 13 Disember 2010

Siapakah yang sedang dia kritik sekarang???

Bismillahirrahmanirrahim, Insya Allah pada ruangan kali ini, ingin sekali penulis menjawab suatu tuduhan yang telah dilemparkan kepada golongan yang mereka gelar wahabi. Terlebih dahulu, penulis bukanlah salah seorang pengikut wahabi, bahkan buku aqidah Muhammad bin 'Abdul Wahab pun tak pernah rasa nak baca, apalagi nak mengikuti beliau. tulisan ini ini bukan untuk membela beliau, tapi sekadar menjernihkan salah faham yang berlaku, sama seperti seseorng yang membersih satu sungai, tetapi dia sendiri tidak berkeinginan mandi di dalam sungai tersebut.. Berbalik kepada maudhu' (topik) perbincangan, baru-baru ni, penulis menonton suatu video (penulis tak dapat postkan disini kerana setelah dicari balik di dalam youtube, ianya tak dijumpai) di dalam youtube yang bertajuk "Cara-cara puak-puak wahabi semayang", dan sudah berulang kali penulis meneliti video tersebut. Pada mulanya, penulis ingin membiarkan sahaja video ni, sebab dah malas nak layan benda-benda macam ni, tambah lagi, takut-takut penulis di blacklist sebagai wahabi, sehinggalah seorang sahabat penulis menghantar video ini kepada penulis dan meminta pendapat penulis berkenaan hal ini. Kerana itu, alang-alang dah jawab, biarlah penulis menjelaskannya.

Didalam video tersebut, ditunjukkan bagaimana seorang wahabi (orang Melayu) yang sedang bersolat sambil medukung kanak-kanak. Video tersebut cuba mendakwa bahawa ianya suatu rekaan golongan wahabi. Ini adalah dakwaan yang semata-mata dakwaan sahaja, yang bertujuan untuk mengelirukan masyarakat.Persoalannya, "apakah hukum mendukung kanak-kanak di dalam solat?" dan "adakah ianya salah satu rekaan wahabi?"

Terlebih dahulu, perhatikan hadits berikut:

عن أبي قتادة الأنصاري ,أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان يصلي وهو حامل أمامه بنت زينب بنت رسول الله صلى الله عليه و سلم ولأبي العاص بن الربيع بن عبد شمس فإذا سجد وضعها وإذا قام حملها
Maksudnya: "Daripada Abi Qatadah al-Anshari, bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sedang bersembahyang dalam keadaan Baginda mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dan (merupakan anak kepada) Abi al-'Ash Bin al-Rabi' Bin 'Abd al-Syams, apabila Baginda hendak sujud, Baginda meletakkannya (Umamah), dan apabil Baginda hendak bangun, Baginda mendukungnya"[Hadits diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]

Di dalam riwayat Muslim, ada menyebutkan: "Aku (Qatadah) melihat Nabi Sallallahu'alaihiwasallam" hingan akhir hadits.

al-Imam al-Nawawi Rahimahullah Ta'ala 'Alaihi telah mensyarahkan berkenaan hadits ini di dalam Syarah Shahih Muslim. Beliau telah menyebutkan:

حديث حمل أمامة رضي الله عنها ففيه دليل لصحة صلاة من حمل آدميا أو حيوانا طاهرا من طير وشاة وغيرهما وأن ثياب الصبيان وأجسادهم طاهرة حتى تتحقق نجاستها وأن الفعل القليل لا يبطل الصلاة وأن الأفعال اذا تعددت ولم تتوال بل تفرقت لا تبطل الصلاة وفيه تواضع مع الصبيان وسائر الضعفة ورحمتهم وملاطفتهم وقوله رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يؤم الناس وأمامة على عاتقة هذا يدل لمذهب الشافعي رحمه الله تعالى ومن وافقه أنه يجوز حمل الصبي والصبية وغيرهما من الحيوان الطاهر في صلاة الفرض وصلاة النفل ويجوز ذلك للامام والمأموم والمنفرد

"(Berkenaan) Hadits (Baginda) mendukung Umamah Radiyallahu'anha, padanya (menjadi) dalil akan sahnya solat bagi mereka-mereka yang mendukung/memikul manusia ataupun haiwan yang bersih, (haiwan terbut samada) daripada kalangan burung-burung, kambing, mahupun selain kedua-duanya. Dan adapun pakaian kanak-kanak dan jasad mereka adalah bersih, sehingga ditemui najisnya. Dan adapun perbuatan (pergerakan) yang sedikit tidaklah membatalkan solat. Dan adapun sesuatu perbuatan itu, apabila berulang-ulang dan tidak berturut-turut, bahkan (ianya) berpisah-pisah tidalkah membatalkan solat. Dan padanya, (ingin menyatakan) sikap tawadhu' terhadap kanak-kanak dan sekalian orang-orang yang lemah, dan (menyatakan) sikap penyayang dan sikap lembah-lembut Baginda terhadap mereka. Dan katanya (Qatadah): "Aku telah melihat Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menjadi imam kepada orang ramai (di dalam solat), dalam keadaan Umamah berada di atas tengkok Baginda". Dan ini menjadi dalil bagi Mazhab al-Imam al-Syafi'ie Rahimahullah Ta'ala dan (juga) orang-orang yang sependapat dengan beliau, bahawa harus memikul/mendukung kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dan selain kedua-duanya, daripada kalangan haiwan yang bersih di dalam solat fardhu dan solat sunat, dan diharuskan yang sedemikian itu bagi Imam dan makmum, serta orang yang bersolat sendirian."[Syarah Shahih Muslim, oleh al-Imam al-Nawawi, Kitab Berkenaan Masjid-masjid dan Tempat-tempat Solat, jilid 3,m/s 36, Dar al-Hadits, cetakan pertama]

Jelas sekali, mereka-mereka yang memburuk-burukkan golongan wahabi dengan isu ini telah memburuk-burukkan Mazhab al-Syafi'ie sendiri. Bahkan mereka juga adalah orang-orang yang jahil akan hadits Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Hal ini seperti mana yang telah disebutkan oleh al-Imam Ibn Khuzaimah di dalam Shahih beliau dengan bab:
باب الرخصة في حمل الصبيان في الصلاة والدليل على ضد قول من زعم أن هذا الفعل يفسد صلاة المصلي وزعم أن هذا عملا لا يجوز في الصلاة جهلا منه لسنة النبي صلى الله عليه و سلم



"Bab berkenaan keringanan (diharuskan) untuk memikul/mendukung kanak-kanak di dalam solat. Dan berkenaan dalil yang membantah pendapat orang-orang yang mendakwa bahawa perbuatan ini (mendukung kanak-kanak di dalam solat) akan membatalkan solat, dan mendakwa bahawa perbuatan ini adalah tidak harus di dalam solat, (adalah kerana) kejahilan (tidak tahu) bahawa ianya adalah perbuatan Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam"[Shahih Ibn Khuzaimah]

Setelah mengemukakan bab ini, al-Imam Ibn Khuzaimah membawakan hadits tersebut bagi menolak dakwaan yang mengatakan bahawa perbuatan mendukung kanak-kanak di dalam solat adalah tidak harus dan boleh membatalkan solat.

Ibn Baththal pula menyebutkan di dalam Syarah Shahih al-Bukhari, ketika mensyarahkan hadits tersebut:
وإنما أدخل البخارى هذا الحديث فى هذا الموضع ، والله أعلم ، ليدل على أن حمل المصلى الجارية على عُنُقه فى الصلاة لا يضر صلاته ، وحملها أشد من مرورها بين يديه
"Dan adapun al-Imam al-Bukhari memasukkan hadits ini di bawah tajuk ini-Wallahua'lam- adalah untuk menunjukkan bahawa orang yang bersolat mendukung kanak-kanak perempuan di atas tengkuknya di dalam solat adalah tidak memudharatkan solatnya, dan mendukungnya adalah terlebih (baik) daripada membiarkannya berjalan di hadapannya"[Syarah Shahih al-Bukhari oleh Ibn Baththal]
Ibn Rajab turut menyebutkan di dalam kitab beliau, Fath al-Bari ketika mensyarahkan hadits ini:
والحديث نص صريح في جواز مثل هذا العمل في الصلاة المكتوبة ، وأن ذلك لا يكره فيها
"Dan hadits ini menjadi nas yangnyata di dalam keharusan (melakukan) seperti amalan tersebut di dalam solat fardu, dan hal yang sedemikian itu tidaklah dimakruhkan padanya"[Fath al-Bari oleh Ibn Rajab]

al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani turut menukilkan kata-kata Ibn Baththal itu di dalam kitab beliau yang namanya sama dengan kitab Ibn Baththal, iaitu Fath al-Bari. Dan beliau menambah lagi dengan katanya:
هذا الاستنباط الشافعي
"Inilah Istinbath (hukum daripada hadits) al-Imam al-Syafi'ie"[Fath al-Bari oleh al-Imam al-Hafiz Syaikh al-Islam Ibn Hajar al-'Asqalani]

Sudah nyata lagi bersuluh, para 'ulama' mengharuskan hal tersebut, bahkan ada yang berpendapat bahawa ianya adalah terlebih baik daripada membiarkan kanak-kanak tersebut berjalan di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Ini jugalah pendapat di dalam Mazhab al-Imam al-Syafi'ie Rahimahullah. Bukan semata-mata golongan wahabi yang mengharuskan hal yang sedemikian. Mungkin sahaja orang yang membuat video tersebut jahil dengan hadits-hadits Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam, ataupun buat-buat jahil, semata-mata untuk memburuk-burukan pihak yang lain. Apa-apa pun, semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka, dan mengampuni kesalahan-kesalahan mereka, kerana mereka juga pastinya saudara-saudara seIslam kita. Wallahua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan