Imam Malik berkata:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.

Ahad, 7 Mac 2010

Tanta Hari Ini...

Tanta: 22/3/1431 bersamaan 7/3/2010:
Bermulanya program Kolokium Q bagi siri 1 pada hari ini. Program 'ilmiah ini dijalankan di Bait Izzah Baru di Ma'rad. Q ini bermula seawal 8 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang waktu Mesir. Program Q ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang juga merupakan badan pertubuhan yang paling lama menauni anak-anak Melayu di Bumi Anbiya' ini. Program ini mempunyai 5 siri kesemuanya. Pada siri 1 ini, antara tujuannya adalah untuk memperbetulkan asas tauhid yang menjadi tunjang kepada setiap muslim itu sendiri. Program yang bermula seawal pagi itu di mulai dengan pembentangan kertas kerja ringkasan daripada buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam? karangan Fathi Yakan.
Slot kedua pula, pembetangan kertas kerja yang bertajuk Konsep Syahadah Dan Tuntutannya. Slot kedua ini berakhir kira-kira hampir pukul 12:30 tengahhari. Slot Ketiga pula disambung setelah rehat untuk solat Zohor berjemaah di masjid berhampiran dan di susuli dengan jamuan makan tengahhari.
Bagi slot ketiga ini, pembetangan kertas kerja bertajuk Tarbiyah Ruhiyyah Dalam Membentuk Generasi Berwawasan. Sesudah itu, berakhirlah Q bagi siri 1 ini. Berbagai input yang sangat berguna yang dapat diambil sepanjang berlangsungnya program tersebut. Antara input tersebut yang sempat penulis catatkan di sini adalah:
1-Perlunya seseorang muslim itu mengetahui kedudukan sebenar mereka sebagai seorang muslim. Inilah yang mecetuskan penulisan buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam?. Sesudah kita mengetahui kedudukan kita sebagai seorang muslim, maka perlulah mengikuti dasar-dasar yang telah diaturkan oleh agama Islam, samada daripada sudut aqidah, syari'ah, akhlak dan semua sudut di dalam agama islam.
2-Di dalam buku tersebut juga disebutkan, apabila berlakunya perselisihan, maka yan terlebih baiknya adalah dengan mengikuti pandangan pasa salafussalih terutamanya yang berkaitan ta'wilan beberapa ayat di dalam al-Qur'an. Beliau menambahlagi, sebaik-baiknya kita meninggalkan ta'wilan tersebut dan berpegang dengan pedapat para salafussalih.
3-Pembahagian tauhid kepada 3 pecahan sebenarnya hanyalah pembahagian daripada segi nama sahaja, bukanlah bermaksud membahagikan zat Allah. Seharusnya kita menerimanya sebagai asas kepada aqidah tanpa saling bermujadalah dengan perkara-perkara yang harus.
4-Sebagai muslim yang digelar penuntut 'ilmu, kita juga mesti mempersiapkan diri dengan tarbiyah yang betul bagi membentuk diri dan masyarakat agar menjadi qudwah hasanah kepada masyarakat bukan Islam.
Kulasahnya, wajib kepaa setiap muslim untuk menuntut 'ilmu. Program seumpama ini yang dijalankan oleh PMRAM merupakan salah satu pentas untuk memupuk kecintaan kepada 'ilmu, khususnya seluruh pelajar Azhar Tanta, dan umumnya kepada semua al-Azhariyyin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan