Imam Malik berkata:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا

Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini. al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.

Rabu, 31 Mac 2010

Hukum Menghadap Qiblat Ketika Qadha hajat

Soalan: Apakah Hukum Menghadap Qiblat Ketika Membuang Air Di Dalam Bangunan Ataupun Diluar Bangunan?
Jawaban: Bagi pendapat yang rajih adalah tidak harus (haram), samada di padang mahupun di dalam bangunan. Terdapat hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Ayyub al-Anshari, sesungguhnya Rasulullah sallalallahu'alaihiwasallam bersabda:
إذا أتيتم الغائط فلا تستقبلوا القبلة و لا تستدبروها, ولكن شرقوا أو غربوا
( Apabila kamu datang untuk membuang air besar, maka janganlah kamu menghadap kearah qiblat, dan jangan juga kamu membelakanginya, sebaliknya, berpalinglah kamu kearah Timur ataupun Barat).
Abu Ayyub berkata: Kami telah berangkat ke Syam, maka kami dapati tandas-tandas di sana dibina menghadap kearah qiblat, maka kami menukarnya dan kami memohon ampun kepada Allah Ta'ala.
Melalui hadits tersebut, Abu Ayyub memahami hadits tersebut dengan makna yang 'am. Oleh kerana itulah beliau beristighfar kepada Allah.
Hadits ini menjadi dalil yang kuat terhadap hukum tersebut. Turut diriwayatkan di dalam sebuah hadits yang melarang umat Islam membuang air dengan menghadap qiblat.
Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam telah melihat seorang lelaki membuang air di masjid dengan menghadap qiblat, maka Baginda melarang lelaki tersebut.
[Syaikh Nasr al-Din al-Albani]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan